Kursus Latihan ICT (Pengenalan Kepada Microsoft Word 2013)
25 Julai 2015 | Aktiviti TerkiniPusat Internet 1 Malaysia Bukit Tandak telah mengadakan kelas latihan ICT iaitu 'Pengenalan kepada Microsoft 2013'. Aktiviti ini dijalankan di bilik latihan Pusat Internet 1 Malaysia, disertai oleh 10 orang peserta berumur 15 tahun ke atas dan diadakan pada hari Jumaat 24 Julai 2015. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk membolehkan peserta menggunakan Microsoft Word dengan betul seperti peserta dapat menerokai fungsi-fungsi yang disediakan dalam Microsoft Word ini. Banyak kelebihan yang disediakan oleh Microsoft Word 2013 yang perlu dipelajari oleh peserta seperti Microsoft Word 2013 dapat membuka file Pdf ke dalam Word. Dengan pembelajaran seperti ini peserta dapat membuat latihan yang disediakan seperti menaip, menggunakan susunan ayat dengan betul dan sebagainya. Peserta juga diberi tugasan untuk memantapkan lai kefahaman peserta mengenai Microsoft Word.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: